
Pernah tak hadapi masalah ini?
"Saya nak kahwin, tapi tak tahu nak mula di mana."
"Saya takut tersalah pilih pasangan, sebab saya nak kahwin seumur hidup."
"Saya sudah ada calon, tapi blur tak tahu nak bincang apa."
"Saya nak kahwin tapi rasa belum cukup bersedia lagi."
"Saya tak mahu rumah tangga saya nanti jadi toksik macam yang saya lihat keliling saya."
Kandungan
FASA 1: NIAT
Pengukuhan Asas
Anda akan belajar bagaimana Islam menggambarkan perkahwinan agar persepsi tentang perkahwinan itu sejahtera dan berprinsip. Ini dapat membantu anda menentukan niat yang kukuh untuk berkahwin agar perkahwinan anda nanti benar-benar menjadi satu ibadah dan tiket ke syurga.
FASA 2: SEDIA
Persediaan Mencukupi
Anda akan belajar bagaimana untuk set expectations yang realistik tentang persediaan untuk memikul tanggungjawab perkahwinan. Kita tidak akan target untuk bersiap sedia dengan sempurna, kerana kita tidak akan sempurna. Akan tetapi, kita akan target untuk bersiap sedia dengan mencukupi agar kita boleh memulakan perjalanan perkahwinan kita.
FASA 3: CARI
Pencarian Berstrategi
Anda akan belajar bagaimana untuk meletakkan diri anda dalam situasi sosial yang meningkatkan kebarangkalian untuk anda jumpa calon yang berkualiti. Pencarian berstrategi bergantung kepada pemilihan social circle yang betul dan mengasah skil networking agar anda dikelilingi oleh orang yang dapat membantu anda mencari calon sesuai.
FASA 4: TAARUF
Perkenalan Berprinsip
Anda akan belajar bagaimana untuk mengenali calon tanpa melanggar batas pergaulan dalam Islam. Ini tidak bermakna anda dan dia tidak boleh mesra dan hubungan akan rasa seperti robot. Ini bermakna kalian berdua jelas boundaries antara lelaki dan perempuan, dan menggunakan kefahaman itu untuk membina perkenalan yang efektif tapi masih lagi berprinsip.
FASA 5: TUNANG
Pengujian Kerjasama
Anda akan belajar bagaimana menghadapi dugaan tunang dengan cara yang matang dan meminimakan drama. Ini tidak bermakna anda boleh elak konflik dan urusan kalian akan menjadi mudah tanpa sebarang ujian. Sudah pasti anda akan diuji apabila ingin menyatukan dua keluarga. Persoalannya, bagaimana kalian bekerjasama untuk mengatasinya?
Keistimewaan
Live & Rakaman
Kelas akan berlangsung secara live selama 3 jam, dan rakaman penuh akan diberikan selepas kelas tamat. Pastikan anda tanda kalendar agar tidak terlepas sesi live.
Nota Kelas
Anda tidak perlu salin slides ketika kelas berlangsung, kerana semuanya akan diberikan. Hanya tulis refleksi dan pengajaran penting buat diri sendiri.
Tiada Had Masa
Anda akan mendapat akses kepada kelas ini sampai bila-bila. Ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran agar anda tidak lupa apa yang dipelajari.
Diajar oleh Aiman Azlan
Guru anda dalam kelas ini merupakan seorang graduan Psikologi dan juga seorang kaunselor rumahtangga yang berdaftar. Beliau juga mengamalkan apa yang diajarnya.
Tentang Guru
Aiman Azlan
Kaunselor Rumahtangga & Taaruf Coach
Muhammad Aiman bin Azlan (dikenali sebagai Aiman Azlan) mendapat kelulusan Sarjana Muda Psikologi & Biologi daripada University of Toronto, Canada dan Sarjana Kaunseling dari Universiti Utara Malaysia.Beliau merupakan salah seorang suara Melayu yang agak menonjol dalam komuniti Malaysia/Islam untuk nasihat praktikal dan selaras dengan Islam mengenai mencari pasangan, alternatif kepada dating (taaruf), serta membina perkahwinan yang kukuh.Kini, beliau menetap di Perlis bersama isteri dan tiga anak.
Kaunselor Berdaftar (KB11507; PA11120)
Penulis 10 buku bestseller
Penceramah antarabangsa
Sudah membantu ratusan pasangan suami isteri


Pendaftaran
prelaunch offer
RM49
Tempoh Laku:
29 Mei - 31 Mei 2026
early bird offer
RM69
Tempoh Laku:
1 Jun - 30 Jun 2026
normal price
RM99
Tempoh Laku:
N/A
Siapa yang patut sertai?
Individu bujang yang sudah bersedia untuk mencari jodoh.
Pasangan yang sedang dalam proses taaruf.
Pasangan yang sudah bertunang.
Muslim yang ingin membina rumah tangga atas dasar Islam.
Mereka yang tak mahu tersilap pilih pasangan.
Untuk mendaftar, isi borang di bawah dan lengkapkan pembayaran:
© 2026 Akademi Jodoh. Hak cipta terpelihara.
Aiman Azlan Academy 201503273691 (RA0038678-T)
Terms and Conditions | Privacy Policy | Refund Policy
[email protected]
